ROMPIN. 15 Januari 2020 – Seorang saudara baharu pada hari ini telah diberi hidayah oleh Allah dengan memilih Agama Islam sebagai cara hidupnya. Beliau telah disyahadahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Rompin. Saudara baharu ini akan terus dibimbing oleh Guru Briged Dakwah Majlis Ugama Islam Dan adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah dilantik dan juga dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, serta Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk terus kekal di dalam Agama Islam serta mendalami dan menghayati ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.