PEKAN. 14 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan bersama Penghulu Mukim Pekan 1 dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit Tengah, Pekan telah menziarahi dan menyantuni pesakit Tetrology Of Fallot (Jantung) iaitu Adik Mohamad Haiqal Huzaimi Bin Norsyam 13 tahun di Kampung Parit Tengah, Pekan. Adik Haiqal kini masih dalam proses rawatan dan mengenalpasti tahap kesihatan bagi membolehkan pembedahan dapat dilaksanakan. Pentadbiran ini juga telah menyalurkan bantuan kewangan semenjak tahun 2014 kepada keluarga ini bagi menampung kos perbelanjaan mendapatkan rawatan. Sekiranya memerlukan kepada pembedahan dan melibatkan kos, pihak Institut Jantung Negara akan terus berhubung dengan pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bagi membantu urusan kos yang diperlukan.