CAMERON HIGHLANDS. 20 Disember 2019 – bersamaan 23 RabiulAkhir 1441H. Majlis Kesyukuran dan Pelaksanaan Solat Jumaat Pertama di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan penduduk kampung orang asli Sungai Ruil dianggarkan seramai 900 Orang yang terdiri daripada suku kaum semai. Manakala penduduk kampung yang beragama Islam sekitar dalam 40% sahaja. Kampung sungai ruil merupakan salah sebuah kampung tersusun yang terletak diantara Tanah Rata dengan Brinchang. Dalam daerah Cameron Highlands kampung sungai ruil juga merupakan kampung ketiga yang diberkan kebenaran solat jumaat. “Menurut Mansuri Busu yang merupakan salah seorang penduduk kampung Orang Asli tersebut berasa sangat gembira kerana surau di kampung mereka telah mendapat kebenaran daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk didirikan solat Jumaat pada hari ini. Menurutnya juga, mereka sangat bersyukur kerana dapat menunaikan solat Jumaat bagi memudahkan penduduk sekitar kampung itu untuk menunaikan solat Jumaat. Program ini telah dirasmikan oleh Al- Fadil Qadhi Daerah Cameron Tuan haji Yusri bin Aman mewakili MUIP. Dalam ucapannya, beliau menyatakan harapan agar saudara-saudara muslim dapat memanfaatkan sebaik mungkin surau ini supaya dapat dijadikan tempat menuntut ilmu fardu ain. Dalam masa yang masa Pejabat Agama dan MUIP cawangan juga dalam usaha untuk mengenal pasti kampung-kampung yang berpotensi untuk di berikan kebenaran Jumaat antaranya kampung Orang Asli, Pos Terisu dan Lain-lain kampung. Turut hadir, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ybhg. Encik Ramli bin Dato Mohd Nor Wakil Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang, Pegawai Zakat Kanan, MUIP dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah dan Muallaf. Sekalung penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Cameron Highlands, Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands, Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA), Penggerak-Penggerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pembantu-Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Jawatankuasa Kampung Orang Asli Sungai Ruil. Semoga jasa dan khidmat bakti kalian secara langsung atau tidak langsung mendapat balasan baik di sisi Allah SWT. Ameen