PEKAN. 08 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Taklimat E-Purse Dan Penyerahan Bantuan Modal Peralatan Asnaf Daerah Pekan 2020 bertempat di Perkarangan Pasaraya Darulmakmur Daerah Pekan. Program bermula dengan Taklimat E-Purse oleh Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam Unit Fakir Miskin Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan selepas itu diteruskan dengan Perlancangan E-Purse Bulanan Asnaf Negeri Pahang oleh YH.Dato’ Ahmad Hairi Bin Haji Hussain DIMP.,SAP.,AMP.,PKC selaku Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Turut hadir bersama Pegawai Zakat Kanan dan Pegawai Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Seramai lima orang asaf turut menerima bantuan modal peralatan dan seorang menerima bantuan bencana akibat rumah dihempap pokok. Seramai 385 orang asnaf Daerah Pekan layak menerima E-Purse bagi tahun 2020, jumlah ini juga berkemungkinan boleh bertambah serta berkurangan berdasarkan kelayakkan semasa penerima mengikut Had Kifayah yang telah ditetapkan.