PEKAN. 09 Disember 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyantuni satu keluarga di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang. Suaminya telah meninggal dunia dan menghadapi masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya. Pentadbiran ini telah menghulurkan bantuan zakat dan barangan asas untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa dihadapi. Hadir bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Miang. Selain daripada itu, bantuan susulan akan dipertimbangkan yang sewajarnya.