PEKAN. 28 November 2019 – KUANTAN – Karnival Usahawan Muslim bermotif mendekatkan dan memperkenal kepada pengunjung produk keluaran umat islam dalam negara. Pelbagai gerai jualan produk kelengkapan dan keperluan boleh didapati di sini serta boleh dapatkan pembelian dengan harga berpatutan. Usahawan asnaf yang terlibat di karnival ini dari mereka yang berniaga ikan perhiasan, cendol, soya dan ayam goreng. Sambutan yang menggalakkan ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan peniaga asnaf, malahan menarik minat pengunjung untuk menjadi pelanggan tetap serta dapat tawaran untuk buka gerai jualan di lain-lain kelak.