KUALA LIPIS. 17 November 2019 – Tiga murid Tadika Pintar Al-Quran MUIP cawangan Lipis telah menerima anugerah Murid Terbaik mengikut kategori kelas 6 dan 5 tahun.
Dua murid adalah dari kelas 6 tahun dan seorang lagi dari kelas 5 tahun.
Tiga murid berikut ialah Muhamad Sahliy Uqashah bagi umur 5 tahun,Adam Asyraff Muhammad Riduan dan Muhammad Abu Zhar bagi kategori umur 6 tahun.
Anugerah Murid Terbaik ini dinilai dari segi pencapaian akademik ,pembacaan al-quran,dan juga pembacaan iqra’ murid-murid bagi tempoh satu tahun.
Anugerah ini disampaikan melalui Majlis Ikhtifal dan Khatam Al-Quran Tadika Pintar Al-Quran MUIP daerah Lipis bagi sesi 2019 bertempat di Dewan Hotel Centrepoint,Kuala Lipis yang dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Lipis,tenaga-tenaga pengajar TPQ Lipis,serta ibu bapa-ibu bapa dan penjaga murid-murid Tadika Pintar.
Majlis bermula jam 10.00 pagi,didahului dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu Negeri Pahang dan alunan Asma’ ulhusna.
Kemudian bacaan doa bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan perjalanan majlis,diikuti ucapan pembuka majlis dari Guru Besar TPQ MUIP Lipis Ustazah Saripah Bt Ismail,dan seterusnya ucapan aluan Pengerusi Tadika,Ustaz ‘Aliuddin Abdul Halim.
Acara pembukaan adalah bacaan khatam Al-Quranul Karim oleh murid-murid yang berumur 6 tahun,kemudian persembahan dari murid-murid 5 dan 6 tahun TPQ,antaranya persembahan nasyid,hafalan doa harian,lakonan kisah Raja Abrahah dan Ababil,sajak dan kalam berirama.
Murid-murid mempamerkan persembahan yang bersemangat dan bertenaga sambil disaksikan oleh para ibu bapa dan penjaga.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah,sijil khatam Al-Quran dan sijil tamat persekolahan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Lipis dan wakil ibu bapa iaitu encik Amir Syafiq.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak TPQ MUIP dalam mendidik dan menjaga anak-anak dan amanah yang diberikan ini.
Semoga Tadika- tadika Pintar Quran MUIP terus maju dan diberkati serta sentiasa menjadi pilihan para ibu bapa pada masa akan datang.