ROMPIN. 18 November 2019 – bersamaan 21 Rabiul Awwal 1441H, Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengukuhan Imam, Bilal dan Siak Negeri Pahang diadakan Lanjut Beach Resort, Rompin yang berlangsung selama 2 hari bermula 16 November 2019 dan berakhir pada 18 November 2019. Seramai 26 orang peserta yang menyertai, mereka terdiri daripada imam,bilal dan siak yang bertugas di surau kebenaran Jumaat dari beberapa buah kampung orang asli dalam Negeri Pahang. Antara objektif diadakan kursus ini ialah Memberi pendedahan kepada mereka tugas-tugas Imam, Bilal serta Siak dan kaedah penyampain khutbah serta melahirkan individu yang berkepimpinan dan boleh menyampaikan Syiar Islam di kampung-kampung Mereka. Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Manan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Jabatan Agama Islam Paahang (JAIP) mewakili Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Husain Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Dalam ucapan, beliau menyarankan supaya Imam,bilal dan siak menghidupkan surau-surau dengan kelas-kelas agama serta dijadikan tempat aktiviti-aktiviti kesmasyarakatan. Beliau juga berharap kepada semua yang hadir ini dapat mengaplikasikan Ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin. Selain itu juga, beliau menyarankan kepada MUIP dapat dilaksankan lagi kursus seperti di masa akan datang. Majlis diakhiri dengan penyampain sijil penyertaan, wang tunai, oleh Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan kepada peserta kursus. Turut hadir, Encik Ridwan bin Mokhtar Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Wakil Pengarah JAKOA Pahang dan Pegawai MUIP cawangan Rompin. Sekalung penghargaan dirakamkan buat semua agensi yang terlibat iaitu Jabatan Agama Islam Pahang,Pejabat Agama Islam daerah, Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Cameron Highland,kuantan, Muadzam Shah, Kuala Lipis dan Jerantut, Beradan Jabatan Kemajuan Orang Asli serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),