PEKAN. 08 November 2019 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Iqra’ 2019 bertempat di Dewan Barakah Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Seramai 10 orang murid Khatam Al-Quran dan 28 orang murid Khatam Iqra’. Majlis ini diadakan setiap tahun bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya khatam dan sebagai motivasi kepada murid-murid yang masih belum khatam. Disamping itu juga diadakan Bicara Santai Maulidur Rasul SAW Peringkat Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan.