PEKAN. 11 November 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana kepada tiga keluarga mangsa ribut di sekitar Daerah Pekan. Bantuan disalurkan berbentuk wang ringgit dan sedikit bekalan barangan telah diberikan kepada Puan Maimun Binti Omar di Kampung Temai Hilir, Encik Abdul Latif Bin Mohd Said di Kampung Kelat Rendang dan Encik Mohd Hanapi Bin Shaharudin di Kampung Permatang Pasir. Diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa.