BERA. 18 Oktober 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bera, Penggerak Masyarakat Orang Asli, Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli, Guru Tadika Pintar Al-quran dan juga Kakitangan Muip Cawangan Daerah Cameron Highlands telah menganjurkan Program Kem Pemantapan Akidah Islamiyyah serta Jatidiri Belia Muallaf Asli Bera di Kem Slim Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highlands. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam dan semua peserta termasuklah urusetia bermalam di dalam khemah yang telah disediakan. Jumlah peserta yang terlibat dalam program tersebut seramai 32 orang belia muallaf asli dan 15 orang dikalangan urusetia. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah diadakan ialah, latihan dalam kumpulan (LDK 1-4) indoor dan outdoor, hiking di Gunung Berembun dengan ketinggian 6037 FT/ 1840 M mengambil masa selama 7 jam perjalanan, solat jamak qasar berjemaah serta tazkirah subuh dan maghrib. Dengan keadaan suhu yang sejuk menambahkan lagi cabaran bagi semua peserta terutamanya diawal pagi untuk bangun solat subuh secara berjemaah dan juga mendengar tazkirah. Program ini banyak memberikan pengajaran, menguji tahap kesabaran dan juga tahap kekuatan stamina setiap peserta. Diakhir program tersebut, pihak penganjur telah mengadakan majlis penutup dan penyampaian sijil serta penyampaian hadiah bagi setiap acara yang telah di pertandingkan antaranya, kategori kumpulan mencipta logo dan motto terbaik, peserta paling sporting dan kumpulan terbaik. Setiap peserta juga diberikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Program tersebut telah berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama yang amat baik dari kalangan peserta dan juga urusetia.