TEMERLOH. 10 Oktober 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Tahunan kepada Asnaf Fakir Miskin Daerah Temerloh. Bantuan tersebut merupakan bantuan Tahunan hari raya yang di buat bayaran semula kepada asnaf berikutan penerima tiada akaun bank dan juga telah uzur. Seramai 30 penerima telah menerima bantuan tersebut yang telah dibuat serahan bantuan dari rumah kerumah. Antara kampung yang di ziarahi iaitu Kampung Paya Jauh, Kampung Rumpun Makmur, Kampung Gonghalt, Kampung Sri Ketumbit, Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Kampung Lubok Kawah, Kampung Bongsu, Lanchang dan beberapa kampung lain sekitar Daerah Temerloh. Rata rata penerima terkejut dan bersyukur apabila menerima kunjungan pegawai dari Muip dan menerima bantuan wang tunai tanpa disangka sangka. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban sara hidup mereka sehari hari.