PEKAN. 07 Oktober 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyantuni sekeluarga yang dilaporkan tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu Balik. Tujuan kunjungan ini ialah bagi melihat keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan. Hadir bersama Amil Zakat Kampung Batu Balik dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Balik.