CAMERON HIGHLANDS. 20 Ogos 2019 – MUIP Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands bersama-sama mengagihkan hamper fidyah di tiga perkampungan asli iaitu Kampung Sungai Tiang, Kampung Chohong dan Kampung Sungai Kabuk di Lembah Bertam. Seramai 63 keluarga islam telah menerima hamper fidyah berupa barang asas dapur dan beras . Kebanyakan orang asli islam di perkampungan berkenaan bekerja sebagai pekebun.