CAMERON HIGHLANDS. 27 Ogos 2019 – MUIP Cameron Highlands, Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands serta Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM berkesempatan mengadakan program ziarah dakwah kumpulan kecil di perkampungan orang asli Telimau Pos Lemoi. Turut membantu sahabat-sahabat Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli bersama menjayakan program tersebut. Ziarah dakwah selama dua hari 1 malam ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara penduduk islam dan tidak islam selain bertanya khabar dan berbincang mengenai isu-isu semasa berlaku di kampung berkenaan. Jamuan makan secara gotong-royong juga dilakukan bersama dan di akhiri dengan sumbangan hamper fidyah kepada penduduk islam yang memerlukan dan sumbangan barangan dapur kepada penduduk selain islam.