ROMPIN. 27 September 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Rompin dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin serta Masjid Tengku Mahkota Abdullah (MTMA), Rompin telah menganjurkan Program Tahsin Khutbah bagi Imam Masjid-Masjid Kariah seluruh Daerah Rompin, bertempat di Dewan Pendidikan Islam MTMA. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan disamping memantapkan lagi teknik penyampaian Khutbah bagi Imam-imam Masjid Kariah seluruh Daerah Rompin. Antara pengisian dalam program kali ini adalah ceramah Teknik Penyampaian Khutbah Berkesan yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim Bin Nik Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), serta simulasi Khutbah Jumaat. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah dihadiri oleh Imam-imam Masjid Kariah dari seluruh Daerah Rompin. Semoga penganjuran program ini dapat membantu meningkatkan lagi teknik dan kemahiran, disamping meningkatkan kualiti para Imam Masjid Kariah seluruh Daerah Rompin dalam menyampaikan Khutbah.