Kamsina binti Mohd Shaharuddin

Berbekalkan dengan kata-kata semangat daripada seorang ibu, Puan Kamsina binti Mohd Shaharuddin atau lebih mesra dipanggil Noni, seorang ibu tunggal sejak 2015, tabah dan cekal membesarkan anak-anak walaupun menghadapi keperitan dan kesempitan kewangan. Atas rasa ingin melihat masa depan anak-anak yang lebih cemerlang, beliau bertekad untuk berusaha bagi menambahkan pendapatan demi menjamin keselesaan dan kejayaan mereka.

Bermula dengan tukang jahit secara sambilan yang menerima tempahan daripada penduduk setempat, beliau kini telah menjadikan kerjaya tukang jahit sebagai kerja sepenuh masa dan telah berjaya memperluaskan tempahan bukan sahaja di Muadzam Shah, malah ke lain-lain daerah sehingga ke Singapura. Hasil daripada kesabaran dan semangat jitu, beliau kini telah memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM2,000.00 sebulan berbanding sebelumnya sekitar RM800.00 sebulan.

Kejayaan beliau ini turut dibantu oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah memberikan sumbangan bantuan mesin jahit tepi pada tahun 2017. Selain itu, beliau juga turut ditawarkan mengikuti Kursus Jahitan Baju Kurung Brunei dan Kursus Selenggara Mesin Jahit Tepi. Pada tahun 2018, beliau juga turut dipilih sebagai salah seorang peserta Karnival Usahawan Asnaf Negeri Pahang yang berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2018 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Akhirnya beliau amat berterima kasih kepada MUIP yang telah memberikan bantuan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan. Beliau berazam untuk menjadi seorang Usahawan Jahitan yang berjaya dan berharap agar penerima-penerima bantuan MUIP yang lain dapat menghargai pemberian dan sumbangan daripada MUIP seterusnya menjadi usahawan asnaf yang berjaya.

Bantuan Yang Diterima

Mesin Jahit Tepi (RM2,118.94)

Nama Syarikat / Bengkel Jahitan

Noni Tailor Collection

Alamat

Kedai No. 6, Simpang 3 (F) Felda Keratong 9, 26700 Muadzam Shah

TELEFON

011- 1294 6924