TEMERLOH. 09 Ogos 2019 – Tadika Pintar Al Quran Daerah Temerloh telah mengadakan Lawatan Kembara Ilmu ke Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah & Nilai 3, Negeri Sembilan Darul Khusus pada Ahad 28 Julai 2019 yang lalu. Kembara tersebut merupakan aktiviti tahunan TPQ bagi meluaskan pengalaman dan menimba lebih ilmu serta menguji fizikal dan mental buat dalam melahirkan murid murid yang kuat dan sihat selari dengan tuntutan agama Islam. Kembara ini disertai oleh 120 orang yang terdiri daripada murid murid, penjaga, guru guru dan urusetia Muip Cawangan Temerloh. Mula bertolak ke kuala Pilah dari Tadika seawal jam 6.30 pagi dan tiba ke destinasi pada jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang disediakan disana antara lain ialah melawat Mini Zoo Ayam Eksotik, Memanah Tradisional, Berkuda, Mengoca Ikan, Cokau Ayam dan Mandi Sungai. Semua murid murid, penjaga dan guru sangat terujadan sangat gembira melakukan aktiviti yang disediakan kerana ini pengalaman baru yang belum pernah mereka lakukan sebelumya. Kembara ini berakhir pada jam 4.00 petang dan seterusnya semua peserta rombongan di bawa berjalan ke Nilai 3. Perjalanan pulang pada jam 9.00 malam dan sampai ke Temerloh pada jam 12.00 malam.